Utama
Asal – usul Daerah Maran, Pahang Darul Makmur.
Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit.
Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran sekarang).
Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai ‘Maran’ atau ‘Sahabat’ serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan menyusur sungai inilah orang asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran.
Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.
sumber :http://pdtmaran.pahang.gov.my/index.php/en/profil-daerah/latar-belakang/sejarah-fakta
WEBINAR BERKALA MATEMATIK EDISI 6
Hello pelajar Tingkatan 4 dan 5! Adakah anda masih keliru dengan topik Laju dan Pecutan serta Gabungan Operasi Set? Tak pasti cara menyelesaikan soalan peperiksaan dengan langkah yang betul? Jangan […]
ENGLISH PROFICIENCY 25 -31 MAC 2026
Khas untuk pelajar Guidance Tuition! Nak mantapkan penguasaan grammar Bahasa Inggeris anda? Minggu ini kita akan fokus kepada salah satu asas tatabahasa yang paling penting. Jangan lepaskan peluang untuk belajar […]
USAHAWAN D’JELLY BY DAYAH MUBIN
USAHAWAN NUR HIDAYAH BINTI ABD MUBIN MULA OPERASI 2024 ALAMAT KG LUIT, 26500 MARAN , PAHANG JENIS PERNIAGAAN DESSERT ANEKA JELLY NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI 014-5441300 WAKTU DAN HARI OPERASI SETIAP […]
Tips puasa bagi pesakit diabetes
Sekiranya anda atau mana-mana ahli keluarga anda adalah penghidap diabetes tetapi masih mahu berpuasa, ini beberapa perkara yang perlu anda awasi. Tips puasa pesakit diabetes ini boleh membantu anda untuk […]
PROGRAM KESEDARAN KEMPEN INTERNET SELAMAT MELINDUNGI GENERASI DIGITAL
Selaras dengan prinsip tanggungjawab siber, NADI menerapkan kesedaran mengenai penggunaan internet bijak dan selamat serta mendedahkan Jenayah Siber yang semakin meningkat.


