Utama

Asal – usul Daerah Maran, Pahang Darul Makmur.

Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit.

Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran sekarang).

Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai ‘Maran’ atau ‘Sahabat’ serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan menyusur sungai inilah orang asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran.

Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.

sumber :http://pdtmaran.pahang.gov.my/index.php/en/profil-daerah/latar-belakang/sejarah-fakta

Seni Mengurus ‘Meltdown’ Pelajar Autisme Di Dalam Kelas

April 3, 2026 Jadual Aktiviti

Pernah tak berdepan situasi murid atau anak tiba-tiba menangis, menjerit atau hilang kawalan dalam kelas — dan kita tak pasti cara terbaik nak handle? Dalam webinar hari ini, Puan Hairani […]

Baca lanjut →

PERKHIDMATAN EPOS DI NADI

March 30, 2026 Galeri Foto

Nak bayar bil?Dapatkan perkhidmatan pembayaran bil dengan Perkhidmatan ePos di NADI.

Baca lanjut →

WEBINAR BERKALA MATEMATIK EDISI 6

Hello pelajar Tingkatan 4 dan 5! Adakah anda masih keliru dengan topik Laju dan Pecutan serta Gabungan Operasi Set? Tak pasti cara menyelesaikan soalan peperiksaan dengan langkah yang betul? Jangan […]

Baca lanjut →

ENGLISH PROFICIENCY 25 -31 MAC 2026

March 25, 2026 Pendidikan

Khas untuk pelajar Guidance Tuition! Nak mantapkan penguasaan grammar Bahasa Inggeris anda? Minggu ini kita akan fokus kepada salah satu asas tatabahasa yang paling penting. Jangan lepaskan peluang untuk belajar […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya