Utama
Asal – usul Daerah Maran, Pahang Darul Makmur.
Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit.
Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran sekarang).
Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai ‘Maran’ atau ‘Sahabat’ serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan menyusur sungai inilah orang asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran.
Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.
sumber :http://pdtmaran.pahang.gov.my/index.php/en/profil-daerah/latar-belakang/sejarah-fakta
Sejarah Daerah Maran
Asal – usul Daerah Maran, Pahang Darul Makmur. Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu […]
Maklumat Am
Kampung Luit terletak dalam daerah Maran, Pahang, dan merupakan sebahagian daripada Mukim Luit. Sejarah kampung ini banyak berkait rapat dengan perkembangan awal pendidikan dan usaha komuniti dalam membina kehidupan yang […]
PERKHIDMATAN EPOS DI NADI
Nak bayar bil? Jom ke cawangan NADI sekarang Dapatkan perkhidmatan pembayaran bil dengan Perkhidmatan ePos di NADI.
📢 WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT🤖 AI BIJAK: FOMO vs SAFE?
📢 WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT🤖 AI BIJAK: FOMO vs SAFE? 📅 Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi💻 Platform: Atas talian (NADI Book)🔗 Pautan: https://nadibook.my 🔍 […]
5 TIPS MENJAGA KESIHATAN MENTAL
Seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental juga perlu dijaga, untuk menjamin kesejahteraan pada masa depan. Antara tip yang boleh dikongsikan ialah: 1. SENAMAN– Kesihatan fizikal dan mental itu berkait rapat. Badan […]
PERKHIDMATAN EPOS DI NADI
Nak bayar bil? Jom ke cawangan NADI sekarang Dapatkan perkhidmatan pembayaran bil dengan Perkhidmatan ePos di NADI.
NADI KIDVENTURES: PEMASARAN DALAM TALIAN
TARIKH: 25 APRIL 2026 MASA: 10.00-11.30 PAGI TEMPAT: NADI KAMPUNG LUIT
JUMLAH AHLI SEMASA NADI KAMPUNG LUIT
JUMLAH AHLI KESELURUHAN 2606 AHLI BARU JAN-MAC 19
PERTANDINGAN MCMC NEXUS @ NADI
#memuat turun aplikasi MCMC NEXUS; dan #menjalankan ujian kelajuan internet menggunakan data mudah alih melalui aplikasi tersebut.
PERKHIDMATAN EPOS DI NADI
Boleh kunjungi NADI berhampiran untuk urusan Pembayaran Bil anda.


