PROGRAM DILEA OKTOBER 2025

Aktiviti Semasa | September 26, 2025

Berikut adalah maklumat terkini mengenai program DILEA: Tuisyen Rakyat bagi Guidance Tuition, Open Tuition, Video on Demand (VOD) – Revision Video, dan English Proficiency yang akan dijalankan sepanjang bulan Oktober 2025.

1. Sesi Guidance Tuition

Sesi kelas bagi Tingkatan 4 dan 5 akan berjalan mengikut ketetapan berikut:

  • Tingkatan 4: Sesi kelas dijalankan pada hari Isnin, Rabu, dan Khamis mengikut zon yang ditetapkan.
  • Tingkatan 5: Sesi kelas dijalankan pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad mengikut zon yang ditetapkan.

2. Sesi Open Tuition

Seterusnya, Open Tuition masih diteruskan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 6 dengan sesi pagi pada 9.15 pagi hingga 10.15 pagi dan sesi petang pada 3.30 petang hingga 4.30 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3. Video on Demand (VOD) – Revision Video

Rakaman penuh bagi sesi Guidance Tuition, Open Tuition, dan Webinar Pembelajaran juga diteruskan mengikut jadual yang disediakan. Rakaman video pembelajaran boleh ditonton pada tarikh-tarikh berikut:

  • 5 Oktober 2025
  • 12 Oktober 2025
  • 19 Oktober 2025
  • 26 Oktober 2025
  • 31 Oktober 2025

4. English Proficiency

Program ini kembali diteruskan bagi bulan Oktober 2025. Pelajar dikehendaki melengkapkan Lesson 16 dan Lesson 17 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program ini terbuka untuk peserta Tingkatan 4 dan 5 dari Guidance Tuition sahaja.